Saturday 11 May 2013

CINTA ALAT ATAUPUN CINTA AKHIRAT

                                   
                                        
    Alhamdulillah bersyukur pada Allah kerna dengan izinNya masih lagi Allah memberikan aku ruang untuk aku menulis sesuatu di sini....Pada hari ini aku ingin menulis mengenai cinta...saya yakin semua orang yang membaca blog saye ini pasti pernah meminati seseorang walaupun tidak pernah kita ungkapkan cinta itu pada si dia...

    Jika kita perhatikan betol-betol kisah ini...Al-quran tidak pernah mengagung-agungkn pon cinta yusuf dengan zulaika...sepertimana diagung-agungkan cinta kita didalam kad-kad kawin...Al-quran, menekan kan perjuangan seorang Rasul didalam jihad melawan nafsu...ia juga memuliakan taubat seorang wanita yang cuba hendak berzina...moral yang kita nk ambil disini,biar kita segagah yusuf seinsaf zulaika...kita kalau hendak mendapat cinta Allah,kita perlu kenal dulu siapakah Allah...Dan nak kenal Allah itu,dia ade dengan jalan wahyu,petunjuk rasul dan keimanan...

    Sememagnya setiap insan yang Allah cipta di dunia ini mempunyi fitrah...Dan fitrah yang Allah cipta kan untuk manusia ialah ingin dicintai,ingin disayangi dan ingin  dirindui...akan tetapi cinta yang Allah berikan kepada kita itu,tidak seharusnya kita mencemerkan nya dengan perkare-perkara yang bertentangan dengan syariat...aku teringat akan pesan-pesanan sahabat-sahabat ku yang insyaAllah akan membantukan dikala susah dan akan bersamaku dikala senang...Antara kata-katanya ialah

"cinta kepada Allah dengan ketaatan...cinta kepada rasul dengan keperibadian dan akhlak yang mulia,cinta kepada jihad dalam perjuangan....cinta kepada makhluk pula adalah dengan mentaati Allah,mencontohi rasul dalam keperibadian dan sentiasa hidup dengan perjuangan yang pastinya menagih pengorbanan......"




     Tak perlu bercinta,berkenalan pon sudah memadai...ikot cara islam,insyaAllah selamat...Yang hanye perlu ada ialah perkenalan /taaruf sebelum mendirikan sesebuah perkahwinan dan bukan nya bercinta ataupon berkapel....kerna cinta selepas nikah itu lebih istimewa... :)

   Bagi sahabat-sahabat yang dilamun cinta saat ini,teringt,terindu,tersyok dekat sape2 kita kena fikir bagaimana si dia menawarkan cinta untuk kita dan bagaimana kita menawarkan cinta untuk si dia...adakah dia menghampiri redo ataupon menghampiri murka Allah..adakah kita memilih jalan takrobuzzina ataupon jalan atau kita memilih jalan yang menjauhi zina dan memuliakan wali & keluarga

      Akhir kalam, ingin ku mengogsikan tips untuk menjadi kan cinta kita ini benar-benar berada di jalan Allah..tips nya ialah 

"Dengan meletak kan Allah no 1 di dalam hati kita, kita bebas dalam segala bentuk penghambaan kecuali kepada Allah yang menciptakan..inilah yang dikatekan kebebasan yang sebenar,bukan merantai diri kita dengan cinta makhluk,dengan seseorang individun hingga kita terkongkong untuk melakukan apa yang Allah suka tapi terpenjara kene buat apa yang si dia suka."


""jika kita jatuh cinta pada seseorang,sandarkan cinta kita itu pada Allah dan RasulNya terlebih dahulu"....itu sahaja yang dapat kutuliskan pada hari ini...semoga sahabat-sahabat mendapat syafaat daripada blog sye ini....insyaAllah
  

 

Friday 10 May 2013

SYUKUR AKAN KEPADA NIKMAT ALLAH


Alhamdulillah..syukur pada Allah kerna Allah telah memberiku idea untuk aku menulis sesuatu di blog aku pada hari ini....Hari ini aku ingin menulis mengenai syukur. SYUKUR...benda ini sering kita dengari daripada sahabat2 kita...akan tetapi adakah kita, ini seorang hamba Allah yg selalu bersyukur akan nikmatNya.. 


Aku teringat akan kata2 imam AL-Ghazali yg insyaAllah dengan izin Allah akan aku sentiasa sematkan kata2 ini didalam hatiku..."Ketahuilah bahawa syukur itu berhubung dengan hati,lidah dan anggota badan...Dengan hati ialah untuk berbuat baek dengan semua makhluk..Dengan lidah pula iaitu melahirkan syukur dengan puji-pujian..Dan dengan anggota pula,menggunakan anggota itu untuk taat pada perintah Allah S.W.T...

Adapun hadis2 nabi yg menyentuh soal syukur amatlah banyak..Antaranye...
"Orang yang makan dengan bersyukur,sama kedudukannya dengan orang yang berpuasa dengan bersabar"

Diriwayatkan dari Atha': Pada suatu hari aku datang kepada Aisyah RA,lalu aku bertanye kepadenye.."khabarkan kepadaku apa yang enkau anggap menkjaubkan drp Rasulullah saw.."ia menangis lalu berkata"Bagaimana perbuatan baginda tidak menkjaubkan,Suatu malam baginda masok dan bersamaku didalam suatu selimut..dan kulitku bersentuhan dengan kulit baginda..Lalu baginda berkata"wahai puteri Abu Bakar tingalkanlah aku,aku ingin beribadah kepada tuhanku..aku suka berdoa denganmu tetapi aku kabulkan permintaanmu..lalu baginda mendekati air,dan tidak banyak menggunakan air,berwuduk,dan bersolat,lalu baginda menangis sehingga air matanya menitis ke dadanya,baginda rukuk sambil menangis,sujud sambil menangis,lalu baginda mengangkat kepalanye sambil menangis pula..Demikian baginda terus menagis hingga datang bilal memberitahu untuk bersolat..lalu aku berkata"Ya Rasulullah,apakah yang membuatkan kamu menangis sedang Allah mengampuni dosamu yang terdahulu dan yang kemudian??"lalu Rasulullah saw menjawab"Tidakkah aku hamba yang bersyukur??Bagaimana aku tidak berbuat demikian sedang Allah telah menurunkan ayat kepadaku"..(yang baginda maksudkan ialah iaitu surah Al-baqarah ayat 164)

kesimpulannya dapatkah kita menjadi insan yang bersyakur seperti Rasulullah saw...oleh hal yg demikian marilah same2 kita berusaha untuk meninggkatkan ketakwaan pada Allah SWT...