Friday, 10 May 2013

SYUKUR AKAN KEPADA NIKMAT ALLAH


Alhamdulillah..syukur pada Allah kerna Allah telah memberiku idea untuk aku menulis sesuatu di blog aku pada hari ini....Hari ini aku ingin menulis mengenai syukur. SYUKUR...benda ini sering kita dengari daripada sahabat2 kita...akan tetapi adakah kita, ini seorang hamba Allah yg selalu bersyukur akan nikmatNya.. 


Aku teringat akan kata2 imam AL-Ghazali yg insyaAllah dengan izin Allah akan aku sentiasa sematkan kata2 ini didalam hatiku..."Ketahuilah bahawa syukur itu berhubung dengan hati,lidah dan anggota badan...Dengan hati ialah untuk berbuat baek dengan semua makhluk..Dengan lidah pula iaitu melahirkan syukur dengan puji-pujian..Dan dengan anggota pula,menggunakan anggota itu untuk taat pada perintah Allah S.W.T...

Adapun hadis2 nabi yg menyentuh soal syukur amatlah banyak..Antaranye...
"Orang yang makan dengan bersyukur,sama kedudukannya dengan orang yang berpuasa dengan bersabar"

Diriwayatkan dari Atha': Pada suatu hari aku datang kepada Aisyah RA,lalu aku bertanye kepadenye.."khabarkan kepadaku apa yang enkau anggap menkjaubkan drp Rasulullah saw.."ia menangis lalu berkata"Bagaimana perbuatan baginda tidak menkjaubkan,Suatu malam baginda masok dan bersamaku didalam suatu selimut..dan kulitku bersentuhan dengan kulit baginda..Lalu baginda berkata"wahai puteri Abu Bakar tingalkanlah aku,aku ingin beribadah kepada tuhanku..aku suka berdoa denganmu tetapi aku kabulkan permintaanmu..lalu baginda mendekati air,dan tidak banyak menggunakan air,berwuduk,dan bersolat,lalu baginda menangis sehingga air matanya menitis ke dadanya,baginda rukuk sambil menangis,sujud sambil menangis,lalu baginda mengangkat kepalanye sambil menangis pula..Demikian baginda terus menagis hingga datang bilal memberitahu untuk bersolat..lalu aku berkata"Ya Rasulullah,apakah yang membuatkan kamu menangis sedang Allah mengampuni dosamu yang terdahulu dan yang kemudian??"lalu Rasulullah saw menjawab"Tidakkah aku hamba yang bersyukur??Bagaimana aku tidak berbuat demikian sedang Allah telah menurunkan ayat kepadaku"..(yang baginda maksudkan ialah iaitu surah Al-baqarah ayat 164)

kesimpulannya dapatkah kita menjadi insan yang bersyakur seperti Rasulullah saw...oleh hal yg demikian marilah same2 kita berusaha untuk meninggkatkan ketakwaan pada Allah SWT...


                                  

No comments:

Post a Comment